Tiroid Bukan Penyakit Biasa

tiroid_270319bPenyakit yang dikenali sebagai Hipotiroid atau lebih dikenali sebagai tiroid adalah salah satu penyakit yang amat dikenali dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tiroid bukan hanya bengkak di leher sahaja malahan ianya akan memberi kesan yang lebih teruk jika tidak merawatnya.

Prof. Dr. Rohaizak Muhammad, Pakar Perunding Bedah Endokrin dan Payudara, UKM Specialis Centre (UKMSC) berkata “penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki terutama kepada ibu yang sedang hamil, tiroit ini juga adalah berbentuk seperti rama-rama yang terletak di hadapan saluran kerongkong, sebelah saluran makanan”.

Pada peringkat awal penyakit ini juga akan menyebabkan penafasan yang tidak stabil, susah untuk menelan makanan dan ketidakselesaan tekak tetapi jika dibiarkan ianya akan menjadi lebih teruk.

Tiroid ini adalah hormon yang mengawal metabolisme manusia, Jika tiroid ini tidak berfungsi dengan sempurna ia akan memberi kesan terhadap aspek kesihatan seperti badan akan menjadi letih dan mengantuk. Penyakit ini akan berlaku jika aras hormon tiroid tinggi (hipertiroid) dan jika aras hormon terlalu rendah (hipotiroid). Katanya ketika menjadi tetamu rancangan ‘Kesihatan’ radio IKIMfm, terbitan Maslina Alias yang keudara pada Rabu jam 8.15 pagi hingga 9.30 pagi.

Beliau menambah bahaya tiroid jika tidak merawat ianya akan mendatangkan kanser tekak dan lebih teruk lagi apabila tiroid ini membesar dan akan masuk ke saluran jantung yang dikenali sebagai Retrosternal goiter.

Tiroid ini juga boleh dibawa kepada pembedahan tetapi penyakitnya harus dipastikan dahulu, pembedahan akan dilakukan jika pesakit mengalami ketidakselesaan tekak dan juga jika tiroid ini masuk ke dalam saluran jantung(harus).

Cara untuk mengenalpasti bagaimana tiroit itu ada dalam saluran jantung, pesakit boleh membuat x-ray atau Ct scan di hospital. Tiroid ini juga mengambil masa sekurang kurangnya setahun untuk membesar sepanjang 1cm jika ianya membesar dengan cepat ianya bukanlah tiroid tetapi kanser.

Kesimpulannya, jika menghadapai penyakit tiroid hendaklah membuat ujian yang boleh selanjutnya bukan hanya membuat ujian darah kerana ujian darah merupakan fungsinya bukan menentukan penyakit tiroid.

Advertisements

3 Cara Mudah Hilangkan Bengkak Tonsil

tonsil_270319eSakit tekak atau bengkak tonsil boleh menyerang sesiapa sahaja, samada kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Biasanya bila kita demam, pergi klinik, doktor akan minta kita buka mulut untuk check, betul? Itu sebenarnya untuk tengok samada tonsil kita bengkak atau tidak. Tonsil bengkak ni boleh berpunca dari jangkitan virus atau bakteria.

Apabila tonsil membengkak, ia akan membawa kepada demam, batuk, pening, muntah-muntah dan menyebabkan kita sakit serta susah untuk menelan makanan.

Risiko Bengkak Tonsil Dan Kenapa Tidak Boleh Dibiarkan

Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.

Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat bengkak tonsil ni. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.

Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit juga akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.

Dan yang lebih merisaukan lagi, menurut pakar, bengkak tonsil di kalangan kanak-kanak boleh membahayakan nyawa. Bengkak tonsil pada tahap yang kritikal boleh menyebabkan gangguan pernafasan dan bakteria boleh berjangkit pada organ-organ penting iaitu jantung dan buah pinggang.

Jadi jangan sesekali ambil mudah masalah bengkak tonsil ni.

3 Cara Mudah Hilangkan Bengkak Tonsil

Biasanya bengkak tonsil ni akan surut, lebih cepat surut kalau ambil antibiotik. Tapi kalau menyerang 3 atau 4 kali setahun disarankan untuk buat pembedahan bila bengkak tersebut menghalang pernafasan dan bernanah.

Suami dan anak sulung saya dulu selalu sangat kena bengkak tonsil ni.

Tapi Alhamdulillah sekarang dah terkawal dan tak perlu bergantung kepada ubat atau antibiotik.

Apa nak buat bila kena bengkak tonsil?

Saya pernah tebaca tentang tips makan ais krim vanilla untuk hilangkan bengkak tonsil. Ada yang cuba menjadi, ada yang cuba tak menjadi. Katanya doktor yang cadangkan, tapi ada juga saya terbaca yang ada doktor pakar tak galakkan cara ni. Sebab bila makan aiskrim, nanti lagi teruk, boleh jadi nanah-nanah kecil dan makin perit tekak. Jadi, suami dan anak saya tak pernah cuba la cara makan aiskrim ni.

Saya kongsikan cara kami ya…

1. Minum air masak secukupnya

Minum air masak secukupnya, sekurang-kurangnya 1.5 hingga 2 liter sehari. Seeloknya, minum air suam.

2. Berkumur dengan air garam

Bancuh garam dengan air suam, dan kumur berulang kali. Jangan sampai teretelan pula ye. Tujuannya untuk matikan kuman-kuman yang ada di sekitar tonsil.

3. Rawat Tanpa Ubat

Mereka yang berulang kali tonsil membengkak ni sebenarnya menunjukkan sistem pertahanan badan lemah. Jadi, perlu ambil makanan yang sesuai untuk tingkatkan antibodi badan bagi melawan bakteria dan virus penyebab tonsil.

Sistem pertahanan badan yang lemah bukan sahaja memudahkan bengkak tonsil untuk berulang tetapi juga mudah terkena serangan penyakit terutama penyakit berjangkit. Penggunaan pemakanan adalah cara semulajdi meningkatkan perisai badan dari serangan bakteria.

 

Baca Juga :

 

5 Faktor Penyebab Sakit Jantung

jantung_260319dPenyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, lantas menjalar ke bahagian tangan kiri dan rahang. Pesakit juga akan mengalami kesukaran bernafas.

Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah kerana sebahagian otot jantung tidak berfungsi disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih berbahaya kepada jantung. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan serangan jantung.

Ramai yang menganggap serangan jantung hanya berlaku kepada golongan yang sudah berusia. Faktor genetik turut mendedahkan seseorang kepada penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia itu.

Faktor sakit jantung

1. Kurang bersenam

Bersenam membantu menguatkan jantung sekali gus melancarkan perjalanan darah

2. Kandungan lemak yang tinggi

Makanan dengan kandungan lemak yang tinggi seperti minyak sapi, mentega dan daging berlemak mendorong pengumpulan lemak di sekitar jantung yang boleh menyebabkan arteri jantung tersumbat.

3. Tabiat dan asap rokok

Asap rokok mempercepatkan pembekuan darah dan menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah. Ia juga mengurangkan bekalan oksigen kepada jantung dan meningkatkan tekanan. Mereka yang tertekan perasaannya menjadikan degup jantung meningkat sekali gus meningkatkan tekanan darahnya.

4. Darah tinggi

Menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah. Ini memaksa jantung untuk mengepam darah dengan lebih kuat melalui saluran yang sempit itu.

5. Kencing manis

Pesakit kencing manis berisiko tinggi menghidap serangan jantung kronik.

Cara mengurangkan risiko

1. Bersenam adalah perkara utama dalam menjaga kesihatan. Apa kata anda mulakan sesi senaman anda dengan berkunjung ke gimnasium seperti di Jatomi Fitness Health Club bagi memberi anda lebih keyakinan untuk menjaga kesihatan.

2. Sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan dan merujuk pada pakar. Bagi mereka yang tidak mempunyai masa akibat kesibukan kerja, tiada alasan lagi dengan telefon bimbit EPI Life. Alat ini berfungsi mengukur denyutan jantung dan mengesan tanda-tanda tidak normal pada jantung dengan serta merta. Ia dapat merekodkan bacaan ECG dengan tepat dan mengesan simptom dengan cepat.

3. Jaga pemakanan anda dengan melebihkan pemakanan sayur-sayuran serta mengambil makanan serat dengan lebih kerap. Bijirin oat adalah pilihan makanan serat terbaik ketika santai dan elakkan pengambilan makanan ringan dan tidak berkhasiat.

4. Kurangkan makan daging merah seperti kambing, daging lembu, kerbau dan lain-lain. Amalkan pengambilan daging putih (white meat), daging ayam dan ikan kerana kandungan kalorinya lebih rendah.

5. Berhenti merokok terutamanya kepada mereka yang berusia 35 tahun ke atas.

6. Elak hidup dalam keadaan stres dan tertekan. Mereka yang mempunyai sikap panas baran dan tidak sabar lebih terdedah dengan penyakit jantung yang kronik berikutan pengepaman jantung yang tidak sekata.

Baca Juga :

Jantung Bengkak

Tanda Tanda Sakit Jantung

Pencegahan Sakit Jantung

5 Tip Untuk Elak Serangan Jantung

Bersenam Untuk Tangani Tekanan Darah Tinggi

tekanan_darah_250319dPENYAKIT hipertension atau tekanan darah tinggi boleh dicegah menerusi amalan gaya hidup lebih sihat dengan bersenam, diet mengurangkan garam dan menurunkan berat badan.

Kajian membuktikan senaman berupaya mencegah tekanan darah tinggi dan menurunkan tekanan darah tanpa perlu memakan ubat sekiranya dilakukan dalam tempoh enam bulan.

Pensyarah Kesihatan Masyarakat dan Senaman, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM PPUKM), Dr Ahmad Taufik Jamil, berkata dengan bersenam saja boleh menurunkan tekanan darah sekurang-kurangnya lima hingga 10 milimeter merkuri Hydrargyrum (mm hg).

Senaman berkenaan kata beliau, sangat berkesan bagi mengurangkan tekanan darah dan boleh turun lebih banyak sekiranya mengamalkan pemakanan sihat iaitu kurang garam dan menurunkan berat badan.

Tidak perlu makan ubat

“Bersenam, menjaga diet dan mengurangkan berat badan yang dilakukan dalam tempoh enam bulan, membolehkan pesakit tidak perlu memakan ubat darah tinggi,” katanya.

Dr Ahmad Taufik berkata, sekiranya sistolik dapat diturunkan sebanyak 20 mm HG atau diastolik dikurangkan sebanyak 10 mmHG, risiko kematian akibat darah tinggi juga boleh dikurangkan sehingga 50 peratus.

Sekiranya tekanan darah kurang daripada 160/100 mm HG, pesakit perlu makan ubat tetapi sekiranya kurang tetapi tekanan darah masih tinggi, pesakit perlu diberi peluang mengubah gaya hidup selama enam bulan.

Senaman baik untuk sistem saraf

“Senaman memberikan kesan ke atas saraf simpatatik apabila denyutan darah menurun sekaligus menurunkan tekanan darah apabila salur darah mengembang.

“Tahap hormon adrenalin juga lebih terkawal dan menurun apabila bersenam serta meningkatkan sensitiviti insulin bagi pesakit diabetes,” katanya.

Senaman juga membantu mengawal tekanan darah akibat jantung kurang berfungsi (disfungsi sistolik).

INFO:

Tempoh senaman: 30 minit sehingga satu jam-satu sesi

Jenis senaman untuk menurunkan tekanan darah tinggi:

1. Senaman ketahanan – Berjalan biasa, berjalan laju, berlari dan mengayuh basikal

2. Latihan kekuatan – Dumbell, Bar Bell atau mesin mengangkat berat

TIP:

Tiada penyakit lain

– Bersenam secara sederhana (berjalan dan kayuh basikal pada kelajuan sederhana)

– 150 hingga 300 minit seminggu

Ada penyakit lain:

– Berlari, mengayuh basikal pada kelajuan tinggi

– 150 hingga 300 minit seminggu.

– Ketika mengangkat berat, jangan tahan nafas (tekanan darah akan meningkat apabila tekanan dalam badan meningkat)

– Sekiranya ada penyakit jantung, jangan buat senaman di lapangan.

– Bersenam ikut kemampuan.

Jangan bersenam sekiranya:

– Tekanan darah mencecah 200/110 mm hg

– Tekanan darah bawah 180/105

 

Darah Tinggi Membunuh Secara Senyap

https://www.biovco.com/darah_tinggi_membunuh_secara_senyap.php

TEKANAN darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi …


Ramai tak tahu hidap darah tinggi

https://blog.biovco.com/category/ramai-tak-tahu-hidap-darah-tinggi/

TEKANAN darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi …


5 Makanan Utama untuk Menurunkan Tekanan Darah

https://biovco.blogspot.com/2019/03/5-makanan-utama-untuk-menurunkan.html

Apakah cara untuk menurunkan tekanan darah secara semula jadi? Di sini terdapat beberapa jenis makanan yang boleh mengurangkan tekanan darah


7 Tip Mudah Turunkan Tekanan Darah Tinggi

https://infokesihatan2u.wordpress.com/2019/03/25/7-tip-mudah-turunkan-tekanan-darah-tinggi/
Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut.

7 Buah Penurun Kolesterol Tinggi Dengan Pantas

kolesterol_250319bAda banyak cara yang boleh dilakukan oleh pesakit kolesterol tinggi dalam menurunkan kolesterol, diantaranya dengan mengamalkan cara makan yang sihat, salah satu caranya dengan mengambil buah penurun kolesterol.

Ya, buah-buahan segar boleh menurunkan kolesterol, biarpun prosesnya lebih lambat dibanding dengan mengambil ubat penurun kolesterol, namun dengan mengamalkan pengambilan buah akan didapatkan hasil yang lebih memuaskan kerana ia lebih sihat dan tanpa kesan sampingan.

Apakah buah yang boleh menurunkan kolesterol jahat? disini dikongsikan untuk anda dan jangan risau! kerana ada banyak jenis buah, jika anda tidak menyukai salah satu, anda boleh memilih alternatif buah yang lain.

1. Alpukat

Selama ini ada yang beranggapan bahawa alpukat adalah buah yang mengandungi banyak lemak dan tidak baik untuk kesihatan. Alpukat memang mengandungi banyak lemak, iaitu sekitar 16 peratus. Tetapi lemak pada alpukat adalah lemak yang menyihatkan, kerana 63% susunanya adalah asid lemak tak tepu, terutama asid lemak tidak tepu tunggal.

Mengamalkan alpukat justru akan membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL) yang sangat buruk bagi kesihatan.

Lemak tak tepu pada alpukat berfungsi sebagai antioksidan yang berkhasiat menjaga pebuluh darah kita dari kerosakan arteri akibat penumpukan kolesterol LDL (low density lipoprotein).

Selain sebagai buah penurun kolesterol, alpukat juga sangat baik bagi pesakit diabetes kerana mengandungi banyak omega-9 dan serat. Omega-9 dan serat ini berkhasiat menjaga kadar gula darah dalam tubuh kita.

2. Tomato

Selain Alpukat, tomato juga termasuk buah penurun kolesterol yang paling berkesan. Malah laporan kajian di jurnal Maturitas menyebutkan, tomato yang sudah dimasak memiliki khasiat yang hampir sama dengan ubat kimia penurun kolesterol seperti statin (ubat gangguan jantung).

Bezanya, tomato tidak memberi kesan sampingan yang buruk seperti sakit otot, lemah dan bahkan kerosakan saraf

Rahsia khasiat tomato ini ada pada kandungan likopen yang memberi warna merah pada tomato masak. Likopen merupakan antioksidan penting yang berkhasiat mengurangkan risiko stroke dan serangan jantung. Selain likopen, tomato juga mengandung kalium dan vitamin B yang mampu menurunkan kolesterol dan tekanan darah tinggi.

Untuk mendapatkan kandungan likopen terbaik, tomato sebaiknya dimasak terlebih dahulu kerana likopen akan menjadi lebih mudah diserap oleh tubuh. 50 gram pasta atau setengah liter pati buah tomato akan memberikan perlinduangan dari sakit jantung.

3. Limau Nipis

Buah ini memang tidak terlalu banyak diamalkan secara langsung. Limau nipis lebih banyak dijadikan sebagai minuman atau dicampur dalam masakan.

Limau nipis mengandungi flavonoid yang berkhasiat menghalang penghasilan kolesterol LDL, dimana boleh akan mengurangkan risiko serangan jantung. Selain pada limau nipis, flavonoid juga banyak ditemui pada teh, tomato, brokoli, kacang soya, delima, serta bawang merah dan bombay.

Untuk menikmati limau nipis, cukup dengan mengiris-iris tipis dan masukan ke dalam gelas. Tuang air panas dan tunggu 30 minit, lalu diminum sampai habis. Sebaiknya diminum dua kali sehari, pagi dan malam. Jangan bimbang dengan perut anda, kerana Limau nipis tidak akan membuat perut jadi pedih.

4. Tembikai

Siapa yang tak kenal buah segar ini, selain dapat menghilangkan dahaga dengan cepat, ternyata tembikai juga termasuk dalam daftar buah penurun kolesterol. Ini diketahui kerana dalam buah tembikai terkandung likopen seperti yang terkandung pada tomato yang dapat menurunkan kadar kolesterol jahat dalam darah.

5. Epal

Buah epal memang terkenal menyihatkan, dan sekarang kita tahu bahawa epal merupakan salah satu buah penurun kolesterol kerana kandungan zat beta-glucan yang berperanan dalam mengawal penghasilan kolesterol.

Epal juga sebagai sumber serat larut yang dapat menurunkan kolesterol dan mencegah arteri mengeras serta melindungi tubuh terhadap serangan jantung dan strok. Kita boleh menikmati buah ini sambil mendapat manfaatnya dengan cara di makan terus atau dibuat jus.

Epal juga boleh dibuat cuka. Mengamalkan cuka epal secara rutin dapat menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). Di samping itu, buah epal merupakan buah yang baik untuk pesakit diabetes dan cuka epal diketahui dapat meningkatkan sensitiviti insulin pesakit diabetes jenis-2.

6. Buah Pear

Buah ini merupakan sumber serat larut air yang sangat baik (serat larut dan membentuk substansi) – seperti gel termasuk pektin. Meskipun epal biasanya memilik kandungan pektin yang tinggi, pear sebenarnya memiliki pektin lebih tinggi. kerana itu, pear menjadi salah satu buah penurun kolesterol. Pektin dalam pear juga membantu pemebersihan usus dan melancarkan pembuangan air besar.

7. Pisang

Pisang merupakan sumber yang baik dari serat makanan, yang dapat membantu mengurangi low-density lipoprotein – LDL atau kolesterol “jahat”. Selain itu, kalium dalam pisang juga dapat membantu menurunkan tekanan darah, dan pada gilirannya, dapat menurunkan kolesterol jahat dan menyihatkan jantung.

 

TAHAP kolesterol yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti serangan jantung dan strok. Bagi orang dewasa.

TAHAP kolesterol yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti serangan jantung dan strok. Bagi orang dewasa, tahap …

Menurut Dr Zubaidi, antara masalah kesihatan utama yang mungkin dialami ialah tahap kolesterol tinggi dan berat badan tidak terkawal yang menjadi punca …

Jika seseorang sudah memeriksakan kadar kolesterolnya dan ia memiliki kolesterol tinggi, maka tindakan selanjutnya adalah mencari bagaimana cara menurunkan kolesterol tersebut.

Elak Potong Kaki

DiabetesRamai dalam kalangan kita lebih bimbang mengenai penyakit jantung dan barah yang menjadi dua penyebab utama kematian dan memberik hanya sedikit perhatian terhadap diabetes.

Sepatutnya tidak begitu kerana diabetes ialah penyakit membawa maut yang meningkat dengan cepat dan menambah risiko kepada penyakit pembunuh utama yang lain.

Kira-kira 360 juta orang kini menghidap diabetes di seluruh dunia, manakala Kajian Kesihatan dan Kemorbidan Kebangsaan (NHMS) Malaysia pada 2011 menunjukkan, berlaku peningkatan daripada 14.9 peratus pada 2006 kepada 20.8 peratus pada 2011. Ini bermaksud seorang dalam setiap lima rakyat Malaysia dewasa kini penghidap diabetes.

Peningkatan jumlah penghidap diabetes selari dengan pertambahan saiz badan mereka yang berkembang secara berterusan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Diabetes ialah penyakit yang tidak boleh dipulihkan tetapi dengan usaha mencukupi, kita boleh melambat atau menghentikan komplikasi yang dikaitkan dengan kemajuan penyakit itu. Mengawal tahap glukos darah sangat penting untuk meminimumkan komplikasi yang berkait dengan diabetes.

Kawalan gula dalam darah yang tidak baik untuk satu tempoh panjang akan membawa kepada beberapa komplikasi, termasuk penyakit jantung, penyakit buah pinggang, retinopati dan neuropati (kerosakan saraf).

Kerosakan saraf diabetes

Hilang deria rasa, rasa kebas, berdenyut-denyut, sakit, rasa terbakar, malah rasa seperti dicucuk-cucuk dengan jarum pada kaki, jari kaki, jari tangan, lengan dan tangan ialah gejala kerosakan saraf.

Kerosakan saraf juga boleh berlaku dengan senyap, maksudnya anda langsung tidak menunjukkan gejala. Keadaan ini sangat berbahaya, terutama bagi penghidap diabetes dan pradiabetes. Tahukah anda, sehingga 60 hingga 70 peratus penghidap diabetes juga mengalami beberapa jenis kerosakan saraf?

Jika tindakan segera tidak diambil, keadaan ini akan membawa kepada pemotongan anggota iatu satu daripada komplikasi neuropati yang paling berpotensi menjadi serius.

Diabetes penyebab utama pemotongan anggota bawah di seluruh dunia

Doktor meramalkan hampir separuh daripada semua pemotongan anggota disebabkan oleh neuropati dan masalah peredaran yang boleh dielakkan.

Di Malaysia, sejumlah besar pesakit diabetes dimasukkan ke wad ortopedik di hospital kerajaan disebabkan komplikasi kaki diabetes. Majoriti daripada mereka perlu tinggal di hospital untuk tempoh lama dan perlu dimasukkan ke wad serta dibedah berulang kali.

Segelintir pula memerlukan pemotongan di sekeliling kaki atau buku lali, manakala segelintir lagi terpaksa menerima pemotongan di bawah atau atas lutut. Risiko mengalami pemotongan kaki ialah 27.7 kali lebih besar untuk seseorang yang menghidap diabetes.

Faktor yang membawa kepada pemotongan anggota

Beberapa faktor utama biasanya menyebabkan pengulseran dan seterusnya amputasi. Ini termasuk:

i) Neuropati periferal yang mengurangkan deria rasa-mungkin ada sebiji batu kecil di dalam kasut anda dan anda terus berjalan sepanjang hari tanpa menyedarinya.

ii) Penyakit vaskular-yang mengurangkan aliran darah ke kaki.

Kedua-dua keadaan ini menyebabkan pesakit mudah mendapat ulser dan lepuhan yang boleh membawa kepada jangkitan dan jika dibiarkan akan membawa kepada pemotongan.

Penghidap diabetes harus mendapat pendidikan asas mengenai penjagaan kaki dan memastikan mereka membuat pemeriksaan kaki secara tetap. Risiko mendapat pengulseran boleh dinilai melalui pemeriksaan klinikal asas terhadap kaki pesakit.

Selain mengamalkan penjagaan kaki dan kebersihan diri yang baik, penghidap diabetes hendaklah mengambil ubat merendahkan gula dalam darah pada setiap hari seperti dipreskripsikan oleh doktor mereka. Jangan sesekali tertinggal satu dos.

Satu makanan tambahan yang berguna untuk penghidap diabetes dikenali sebagai mecobalamin sebenarnya ditemui oleh sepasukan saintis Jepun. Bentuk aktif vitamin B12 ini membantu regenerasi saraf periferal yang rosak.

Mecobalamin-Vitamin B12 yang aktif

Mecobalamin ialah satu bentuk vitamin B12 yang aktif dari segi neurologi yang penting kepada sistem saraf pusat dan periferal iaitu untuk membantu melindungi daripada proses degenerasi sistem saraf dan menggalakkan saraf sihat.

Dengan mecobalamin, hati tidak perlu menukarkan bentuk B12 yang tidak aktif iaitu ‘cyanocobalamin’ kepada mecobalamin kerana ia menjadi aktif apabila diambil secara oral. Mengambil 500 mikroram (mcg) mecobalamin tiga kali sehari selama empat bulan berjaya menghasilkan penurunan kerosakan saraf periferal penghidap diabetes.

Penyelidikan juga membuktikan bentuk Vitamin B12 yang aktif ini, mecobalamin, lebih berkesan berbanding Vitamin B12 yang biasa (cyanocobalamin) untuk memulihkan semula saraf rosak dalam kalangan penghidap diabetes.

Panduan penjagaan kaki harian untuk penghidap diabetes

1. Periksa kaki dan jari anda setiap hari dan bersihkan dengan sabun lembut. Sabun yang kasar mungkin merosakkan kulit.

2. Rasa suhu air dengan jari tangan atau siku anda sebelum memasukkan kaki ke dalam air kerana penghidap diabetes tidak dapat membezakan sama ada air itu terlampau panas atau sejuk. Kelecuran mungkin boleh berlaku dengan mudah.

3. Perlahan-lahan lap dan keringkan kaki anda, terutama di celah jari kaki. Jangkitan boleh berlaku di tempat lembap.

4. Jika kaki anda terlalu kering, ia mungkin merekah dan menyebabkan jangkitan. Lembutkan kulit yang kering dengan menyapu losyen, jeli petroleum, lanolin atau minyak. Elak menyapu di celah jari kaki jika ada kudis atau jangkitan di situ.

5. Maklumkan doktor anda dengan segera jika wujud kudis, lecur, lebam, luka atau sebarang perubahan lain pada badan anda.

z_bnr_582

Penjagaan Kesihatan

info-kesihatan

Kesihatan dan kehidupan

Penjagaan kesihatan amat penting bagi menjamin agar kehidupan kita menjadi lebih bermakna. Ianya bukan sahaja dari aspek kesihatan fizikal tetapi juga meliputi penjagaan kesihatan mental. Mengabaikan kesihatan akan mengakibatkan terjejasnya kehidupan kerana ia akan menggangu rutin harian seseorang individu, tetapi ia bakal memberi kesan bukan sahaja kepada individu tersebut tetapi kesannya juga berkait dengan keluarga dan masyarakat sekitarnya.

Maklumat lanjut : KLIK DISINI

Pernahkah anda berusaha menurunkan berat badan tetapi masih tiada perubahan? Mungkin diet yang anda lakukan kurang tepat, sehingga menyebabkan berat badan anda tidak turun.

Makanan Yang Boleh Bantu Menurunkan Berat Badan

Penurunan berat badan bukan hanya bergantung kepada senaman ringan, pemakanan yang sihat, pengambilan supplement semata-mata. Tapi tahukah anda …

Tidak meningkatkan paras platelet dalam darah. * Menggalakkan kehilangan berat badan. * Melindungi badan daripada penyakit osteoporosis.

Menurut Dr Zubaidi, antara masalah kesihatan utama yang mungkin dialami ialah tahap kolesterol tinggi dan berat badan tidak terkawal yang menjadi punca …

Ramai dalam kalangan kita lebih bimbang mengenai penyakit jantung dan barah yang menjadi dua penyebab utama kematian dan memberik …